Tags: Kualiti, Udara, Malaysia

Pengurusan Kualiti Udara di Malaysia: Isu dan Cabaran Pelaksanaan

  • Ex Tax: RM8.00
  • Author: Nor Azam Ramli
  • Availability: In Stock
  • e-ISBN: 9789674613228
  • Book Type: E-book
  • Format: Flipbook
RM8.00
rating
(0 reviews) Write a review

Pencemaran udara merupakan isu kuno yang berkembang menjadi kompleks ekoran kepelbagaian aktiviti manusia. Perkembangan kemajuan tamadun manusia telah menyebabkan pembakaran terbuka yang dahulunya dianggap sebagai penting tetapi mula dianggap sebagai pencemar mulai tahun 1950-an. Kesedaran terhadap kesan negatif pencemaran udara terhadap alam, binaan, tumbuhan dan manusia, menyebabkan le..

FlipHTML5 LightBox Embed Demo

Pencemaran udara merupakan isu kuno yang berkembang menjadi kompleks ekoran kepelbagaian aktiviti manusia. Perkembangan kemajuan tamadun manusia telah menyebabkan pembakaran terbuka yang dahulunya dianggap sebagai penting tetapi mula dianggap sebagai pencemar mulai tahun 1950-an. Kesedaran terhadap kesan negatif pencemaran udara terhadap alam, binaan, tumbuhan dan manusia, menyebabkan lebih banyak perhatian diberikan terhadap langkahlangkah pengawalannya. Pengawalan proaktif semakin mengambil tempat seiring dengan kemajuan pengetahuan berkaitan penilaian alam sekitar dan kualiti udara. Pengawalan boleh dikelaskan kepada dua, iaitu pengawalan kejuruteraan dan pengawalan pengurusan. Pengawalan kejuruteraan melibatkan aspek teknikal dan reka bentuk, manakala pengawalan pengurusan melibatkan peraturan, prosedur dan undang-undang. Pengawalan pencemaran udara melibatkan pelbagai inisiatif yang mempunyai kaitan langsung atau tidak langsung antara satu sama lain. Langkahlangkah utama dalam pelaksanaan pengawasan dan pengawalan pencemar udara sering dihambat oleh cabaran-cabaran yang timbul dan mengurangkan keberkesanan langkah pengawasan dan pengawalan. Kewujudan pencemar sekunder memerlukan penambahbaikan dalam kefahaman terhadap langkah tebatan bagi mengelakkan kesan negatif terhadap habitat manusia. Sasaran keberhasilan utama adalah memastikan kualiti udara di Malaysia dapat diurus dan berada pada tahap yang sihat.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha