Tags: Sosioekonomi, Kesihatan

Faktor Sosioekonomi dan Faktor Risiko Penyakit Tidak Berjangkit di Malaysia

  • Ex Tax: RM8.00
  • Author: Andrew Tan Khee Guan
  • Availability: In Stock
  • e-ISBN: 9789674614133
  • Book Type: E-book
  • Format: Flipbook
RM8.00
rating
(0 reviews) Write a review

Penyakit tidak berjangkit (NCD) ialah punca utama morbiditi dan mortaliti di seluruh dunia. Di Malaysia, NCD seperti penyakit kardiovaskular, kanser, penyakit sistem pernafasan kronik, diabetes dan penyakit tidak berjangkit yang lain menyumbang kepada 74.0% daripada jumlah kematian pada tahun 2016. Sebagai faktor risiko dapat diubah yang utama bagi NCD, penyakit yang berkaitan dengan tabia..

FlipHTML5 LightBox Embed Demo

Penyakit tidak berjangkit (NCD) ialah punca utama morbiditi dan mortaliti di seluruh dunia. Di Malaysia, NCD seperti penyakit kardiovaskular, kanser, penyakit sistem pernafasan kronik, diabetes dan penyakit tidak berjangkit yang lain menyumbang kepada 74.0% daripada jumlah kematian pada tahun 2016. Sebagai faktor risiko dapat diubah yang utama bagi NCD, penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok adalah antara empat punca utama kematian di Malaysia. Selain itu, kekurangan aktiviti fizikal dan amalan pemakanan yang tidak sihat juga merupakan faktor risiko dapat diubah bagi NCD yang dikaitkan dengan pelbagai jenis penyakit kronik. Tambahan pula, kedua-dua faktor ketidakaktifan daripada segi fizikal dan amalan pemakanan yang tidak sihat juga menyumbang kepada masalah berat badan berlebihan atau obesiti yang sekali gus menjadi faktor risiko utama bagi NCD yang berkaitan dengan berat badan. Bagi kaum wanita pula, kurangnya kesedaran tentang kanser payudara dan kanser serviks menjadi faktor risiko utama bagi kedua-dua jenis penyakit kanser tersebut, yang paling biasa dihidapi dan menjadi penyebab kematian dalam kalangan wanita di Malaysia. Hakikatnya, kanser-kanser tersebut dapat dicegah dan disembuhkan jika dikesan pada peringkat awal. Sistem penjagaan kesihatan awam di Malaysia juga menghadapi beban ekonomi yang berat disebabkan NCD yang sering dihidapi rakyat Malaysia. Kerajaan Malaysia membelanjakan kira-kira RM3 bilion setahun untuk merawat penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok. Selain itu, kos rawatan bagi obesiti dianggarkan berjumlah RM6.4 bilion setahun, manakala kos rawatan bagi kanser payudara atau kanser serviks pula dianggarkan berjumlah RM51.6 juta setahun. Maka, jelaslah bahawa dalam usaha menjana pembangunan yang pesat ke arah mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, Malaysia seharusnya bersedia menganggarkan tanggungan kos kesihatan dan kos ekonomi yang amat tinggi akibat NCD. Rawatan NCD mungkin akan membebankan sistem penjagaan kesihatan Malaysia, malah cenderung mengalihkan sumber ekonomi yang terhad daripada perubatan pencegahan dan rawatan penyakit-penyakit berjangkit (seperti kolera, radang paru-paru, demam denggi, malaria dan HIV/AIDS).

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha