Tags: SSU, Perubatan

Magnetoforesis Zarah-Nano di Bawah Medan Magnet Berkecerunan Rendah

  • Ex Tax: RM8.00
  • Author: Lim Jit Kang
  • Availability: In Stock
  • e-ISBN: 9789674614652
  • Book Type: E-book
  • Format: Flipbook
RM8.00
rating
(0 reviews) Write a review

Syarahan ini membincangkan mengenai (1) interaksi di antara zarah-nano dan (2) interaksi antara zarah-nano dan bendalir sekeliling dalam mempengaruhi magnetoforesis kecerunan medan rendah. Untuk kes (1), analisis model Derjaguin-Landau-Verwey-Overbeek (DLVO) lanjutan mencadangkan bahawa tenaga elektrosterik yang disumbangkan oleh lapisan terjerap polimer di atas permukaan MNP telah menguba..

FlipHTML5 LightBox Embed Demo
Syarahan ini membincangkan mengenai (1) interaksi di antara zarah-nano dan (2) interaksi
antara zarah-nano dan bendalir sekeliling dalam mempengaruhi magnetoforesis kecerunan
medan rendah. Untuk kes (1), analisis model Derjaguin-Landau-Verwey-Overbeek (DLVO)
lanjutan mencadangkan bahawa tenaga elektrosterik yang disumbangkan oleh lapisan terjerap
polimer di atas permukaan MNP telah mengubahkan interaksi antara zarah ke arah tolakan
dengan larutan MNP yang lebih stabil. Oleh itu, sumbangan peningkatan kestabilan koloid
boleh mempengaruhi kebolehpisahan MNP secara magnetik di mana semakin stabil larutan
MNP itu, semakin sukar untuk memisahkannya secara magnetik. Manakala untuk kes (2),
pemindahan momentum dua hala di antara MNP yang bergerak dengan bendalir sekeliling
(dikenali sebagai kesan hidrodinamik) telah disahkan memainkan paranan yang penting dalam
magnetoforesis kecerunan medan rendah. Akan tetapi, kesan hidrodinamik atas tingkah
laku dinamik untuk pemisahan magnetik kecerunan medan rendah (LGMS) yang berskala
makroskopik masih belum diterokai walaupun ia adalah sangat penting dalam reka bentuk dan
pengoptimuman pemisah magnetik bagi aplikasi kejuruteraan. Justeru, objektif kedua kajian ini
adalah untuk memahami mekanisme LGMS.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha