Tags: SSU, Perubatan

Meneroka Alam Kulat : Kepelbagaian Kulat Patogen Tumbuhan dan Kulat Penghasil Mikotoksin

  • Ex Tax: RM8.00
  • Author: Latiffah Zakaria
  • Availability: In Stock
  • e-ISBN: 9789674614287
  • Book Type: E-book
  • Format: Flipbook
RM8.00
rating
(0 reviews) Write a review

Bidang kajian mikologi telah berkembang dengan pesat pada masa kini. Antara tumpuan yang diberikan dalam bidang ini ialah kajian tentang kulat patogen tumbuhan dan kulat penghasil mikotoksin. Kulat patogen tumbuhan bukan hanya menjangkiti tanaman semasa di ladang tetapi juga selepas hasil dituai. Penyakit tumbuhan bukan hanya menyebabkan kemusnahan tanaman dan kerugian hasil, malah memberi..

FlipHTML5 LightBox Embed Demo
Bidang kajian mikologi telah berkembang dengan pesat pada masa kini. Antara tumpuan yang
diberikan dalam bidang ini ialah kajian tentang kulat patogen tumbuhan dan kulat penghasil
mikotoksin. Kulat patogen tumbuhan bukan hanya menjangkiti tanaman semasa di ladang
tetapi juga selepas hasil dituai. Penyakit tumbuhan bukan hanya menyebabkan kemusnahan
tanaman dan kerugian hasil, malah memberi kesan terhadap sumber semula jadi. Antara
penyakit tumbuhan yang serius menjangkiti tanaman pertanian ialah penyakit layu, reput
batang, reput akar dan reput buah yang disebabkan terutamanya oleh kulat Fusarium dan
Ganoderma. Sementara itu, Colletotrichum sering kali dikaitkan dengan penyakit lepas tuaian.
Kajian kepelbagaian kulat patogen tumbuhan amat penting untuk memformulasi strategi
pengurusan penyakit bersepadu yang sesuai dan juga untuk menangani isu berkaitan dengan
polisi kuarantin tumbuhan. Kulat penghasil mikotoksin seperti Aspergillus, Penicllium dan
Fusarium merupakan genus kulat utama yang mencemari komoditi pertanian dan bahan
makanan. Antara mikotoksin utama yang dihasilkan ialah okratoksin, aflatoksin, fumonisin
dan patulin. Pencemaran kulat penghasil mikotoksin boleh berlaku semasa di ladang dan juga
semasa simpanan. Seterusnya, kepelbagaian kulat patogen tumbuhan dan kulat penghasil
mikotoksin juga amat berkait dengan isu keselamatan makanan dan perubahan cuaca. Kedua
dua isu ini sedang hangat diperkatakan pada ketika ini. Justeru, lebih banyak kajian perlu
dijalankan untuk mengelak berlakunya epidemik penyakit tumbuhan dan pendedahan kepada
mikotoksin yang memberi kesan secara langsung terhadap kesejahteraan manusia.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha