Tags: Farmasi, Perubatan

Sistem Diagnosis Perubatan Berbantukan Komputer: Keupayaannya sebagai Pendapat Kedua kepada Personel Perubatan

  • Ex Tax: RM8.00
  • Author: Nor Ashidi Mat Isa
  • Availability: In Stock
  • e-ISBN: 9789674614355
  • Book Type: E-book
  • Format: Flipbook
RM8.00
rating
(0 reviews) Write a review

Diagnosis, salah satu terminologi utama dalam bidang perubatan, merujuk kepada pengenalpastian sesuatu penyakit atau ketidaknormalan dengan memeriksa simptomsimptom fizikal yang wujud. Secara umum, proses diagnosis dilakukan oleh personel perubatan secara manual dengan meneliti dan memeriksa modaliti tertentu seperti sampel darah dan imej perubatan. Ketepatan sesuatu diagnosis dikekang oleh..

FlipHTML5 LightBox Embed Demo

Diagnosis, salah satu terminologi utama dalam bidang perubatan, merujuk kepada pengenalpastian sesuatu penyakit atau ketidaknormalan dengan memeriksa simptomsimptom fizikal yang wujud. Secara umum, proses diagnosis dilakukan oleh personel perubatan secara manual dengan meneliti dan memeriksa modaliti tertentu seperti sampel darah dan imej perubatan. Ketepatan sesuatu diagnosis dikekang oleh limitasi teknikal dan/atau manusia. Kekangan teknikal merujuk kepada kualiti sampel atau modaliti yang tidak baik, limitasi keupayaan dan had kelengkapan atau mesin modaliti. Sebaliknya, kekangan manusia merujuk kepada kesalahan diagnosis oleh personel perubatan disebabkan oleh limitasi pengalaman dan pengetahuan serta bersifat subjektif dan bergantung sepenuhnya pada keupayaan manusia. Oleh itu, sistem diagnosis sokongan yang bersifat lebih objektif diperlukan. Namun, sistem ini bukanlah bertujuan mengambil alih sepenuhnya tugas personel perubatan tetapi berfungsi sebagai sistem yang memberikan pendapat kedua kepada personel perubatan, terutama bagi kes-kes yang mempunyai keputusan diagnosis yang berbeza dalam kalangan personel perubatan. Pelbagai jenis sistem perubatan berbantukan komputer telah diperkenalkan oleh penyelidik seperti sistem pengurusan pesakit, diagnosis penyakit, prognosis penyakit dan peningkatan kualiti modaliti dan sampel perubatan. Sistem perubatan berbantukan komputer melibatkan empat fasa utama, iaitu pemerolehan, prapemprosesan, pengekstrakan ciri dan pengelasan data. Fasa pemerolehan data melibatkan penukaran data masukan yang diukur daripada bentuk fizikal dunia nyata kepada nilai digit numerik yang boleh dimanipulasikan oleh sistem komputer. Fasa prapemprosesan data perubatan bertujuan membaik pulih dan menyeragamkan data masukan perubatan ke dalam bentuk atau keadaan standard/piawai agar algoritma pengkomputeran mampu dilaksanakan ke atas semua jenis data perubatan tanpa mengira keadaan dan kualiti asal data perubatan tersebut. Usai pengaplikasian prapemprosesan, sebagai imitasi daripada konsep pemerhatian manusia, pengekstrakan ciri-ciri dan sifat-sifat data perubatan dilakukan untuk mengekstrak ciri-ciri signifikan modaliti data perubatan untuk digunakan sebagai data masukan dalam fasa pengelasan data. Fasa pengelasan data perubatan pula berperanan mengumpul, mengasing dan mengelas ciri-ciri data perubatan kepada tahap perbezaan sesuatu penyakit.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha