Keusahawanan Etnik Cina Malaysia : Kerajaan, Budaya dan Globalisasi
- Ex Tax: RM8.00
- Author: Chin Yee Whah
- Availability: In Stock
- e-ISBN: 9789674614256
- Book Type: E-book
- Format: Flipbook
Syarahan ini mengambil pendirian bahawa sebagai unsur yang dinamik, budaya dan budaya
niaga mengambil bentuk yang berlainan dalam konteks struktur sosiekonomi dan politik yang
berubah dalam proses pembangunan negara. Budaya niaga etnik Cina Malaysia mengambil
bentuk yang berbeza mengikut perubahan dasar ekonomi negara, peluasan peranan kerajaan
dalam ekonomi yang melahirkan aktor-aktor baharu dalam bidang ekonomi sama ada untuk
bersaing mahupun bekerjasama dengan usahawan Cina dan lain-lain, serta proses globalisasi
ekonomi yang semakin pesat dan mencabar yang menuntut daya saing tinggi. Hal ini bererti
budaya niaga Cina tidak boleh lagi semata-mata bersifat keluarga dan intra-etnik tetapi harus
mengambil kira bentuk-bentuk organisasi korporat yang baharu dan juga peranan etnik-etnik
lain di Malaysia khususnya usahawan Melayu yang dilahirkan melalui dasar kerajaan khasnya
Dasar Ekonomi Baru (DEB)