Pengurusan Kualiti Udara di Malaysia: Isu dan Cabaran Pelaksanaan
- Ex Tax: RM8.00
- Author: Nor Azam Ramli
- Availability: In Stock
- e-ISBN: 9789674613228
- Book Type: E-book
- Format: Flipbook
Pencemaran udara merupakan isu kuno yang berkembang menjadi kompleks
ekoran kepelbagaian aktiviti manusia. Perkembangan kemajuan tamadun manusia
telah menyebabkan pembakaran terbuka yang dahulunya dianggap sebagai
penting tetapi mula dianggap sebagai pencemar mulai tahun 1950-an. Kesedaran
terhadap kesan negatif pencemaran udara terhadap alam, binaan, tumbuhan
dan manusia, menyebabkan lebih banyak perhatian diberikan terhadap langkahlangkah pengawalannya. Pengawalan proaktif semakin mengambil tempat seiring
dengan kemajuan pengetahuan berkaitan penilaian alam sekitar dan kualiti udara.
Pengawalan boleh dikelaskan kepada dua, iaitu pengawalan kejuruteraan dan
pengawalan pengurusan. Pengawalan kejuruteraan melibatkan aspek teknikal dan
reka bentuk, manakala pengawalan pengurusan melibatkan peraturan, prosedur dan
undang-undang. Pengawalan pencemaran udara melibatkan pelbagai inisiatif yang
mempunyai kaitan langsung atau tidak langsung antara satu sama lain. Langkahlangkah utama dalam pelaksanaan pengawasan dan pengawalan pencemar udara
sering dihambat oleh cabaran-cabaran yang timbul dan mengurangkan keberkesanan
langkah pengawasan dan pengawalan. Kewujudan pencemar sekunder memerlukan
penambahbaikan dalam kefahaman terhadap langkah tebatan bagi mengelakkan
kesan negatif terhadap habitat manusia. Sasaran keberhasilan utama adalah
memastikan kualiti udara di Malaysia dapat diurus dan berada pada tahap yang sihat.