Sesungguhnya zaman silam membuktikan bahawa bahasa Melayu telah mencapai tahap kesempurnaan yang tinggi dan digunakan dalam pelbagai domain kehidupan sama ada dari aspek kehidupan bermasyarakat, pentadbiran negara, mahupun urusan ekonomi dan perniagaan. Perkembangan globalisasi dan perubahan persekitaran telah memberikan kesan mendalam kepada bahasa Melayu, Fenomena ini turut mengukuhkan penggunaa..
Syarahan ini membincangkan mengenai (1) interaksi di antara zarah-nano dan (2) interaksi
antara zarah-nano dan bendalir sekeliling dalam mempengaruhi magnetoforesis kecerunan
medan rendah. Untuk kes (1), analisis model Derjaguin-Landau-Verwey-Overbeek (DLVO)
lanjutan mencadangkan bahawa tenaga elektrosterik yang disumbangkan oleh lapisan terjerap
polimer di atas permukaan MNP telah menguba..
Bidang kajian mikologi telah berkembang dengan pesat pada masa kini. Antara tumpuan yang
diberikan dalam bidang ini ialah kajian tentang kulat patogen tumbuhan dan kulat penghasil
mikotoksin. Kulat patogen tumbuhan bukan hanya menjangkiti tanaman semasa di ladang
tetapi juga selepas hasil dituai. Penyakit tumbuhan bukan hanya menyebabkan kemusnahan
tanaman dan kerugian hasil, malah memberi..
Terdapat pelbagai jenis cacing yang berpotensi menjangkiti manusia, seperti cacing bulat, cacing pipih dan cacing pita. Di Malaysia, cacing bulat seperti cacing gelang kerawit dan cambuk merupakan antara jenis Cacing yang lazim dan kerap menjangkiti pesakit terutamanya yang dimasukkan ke dalam wad. Selain itu, cacing Strongyloides merupakan sejenis cacing yang unik dan berpotensi untuk menyebabkan..