Sendi lutut adalah antara sendi engsel terubah suai jenis sinovial yang terbesar dan terpenting. Ia merupakan sendi yang terbentuk di antara tulang paha, betis dan tulang kepala lutut (patela). Pergerakannya amat penting untuk aktiviti harian. Namun, kegagalannya boleh mengakibatkan osteoartritis lutut. Osteoartritis lutut banyak didiagnos dalam kalangan pesakit berumur, yang bercirikan kesak..