Antologi Pelayaran Puisi Mahawangsa, sebuah buku dalam
talian (e-book). Antologi puisi ini merupakan nukilan dan luahan
rasa 42 orang pelajar Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu
dengan Kepujian (BPBMDK) Kohort Mahawangsa dan enam
orang tenaga akademik di Jabatan Pendidikan Bahasa dan
Kemanusiaan, Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra
Malaysia. Antologi puisi ini juga merupakan salah sat..