Penyediaan Laporan Makmal - Tips Skor A
- Ex Tax: RM5.00
- Author: Ahmad Baharuddin Abdullah
- Availability: In Stock
- e-ISBN: 978-967-25543-7-0
- Book Type: E-book
- Format: Flipbook
Laporan merupakan medium komunikasi penting bagi seseorang jurutera. Justeru naskah ini dihasilkan daripada pengalaman belajar dan mengajar kursus makmal sejak lebih 10 tahun. Melihat peri pentingnya penyediaan, kandungan dan macamana penilaian akan dilakukan bagi sesebuah laporan makmal, maka initiatif ini diambil. Ini bagi membolehkan pelajar bukan hanya menyediakan laporan makmal seadanya, tetapi pada tahap yang terbaik.
Ebook ini cuba menyampaikan dalam bahasa paling mudah semua elemen penting dalam laporan makmal untuk dimanafaatkan oleh pelajar. Ini kerana terlalu banyak kesilapan mudah yang dilakukan pelajar atas pelbagai alasan dan sebab, disengajakan ataupun secara tidak disengajakan. Beberapa tips mudah diberikan dalam bentuk tulisan mahupun grafik untuk memudahkan lagi pelajar mengikutinya. Elemen penilaian laporan juga dinyatakan dengan jelas dalam naskah ini untuk sasaran skor A tercapai. Dengan majoriti pelajar memiliki gajet seperti telefon, capaian kepada buku maya atau e-buku seperti ini, lebih memudahkan mereka, dengan kandungan yang lebih santai dan tidak terlalu teknikal dapat membantu mereka, In shaa Allah.