Rahsia C.O.M.E.L: Cara Pujuk Anak Makan
- Ex Tax: RM20.00
- Author: Dr Zabidi Hussin
- Availability: In Stock
- Year Publication: 2021
- Number of Pages: 96
- Book Type: E-book
- Format: Flipbook
Mendidik anak-anak adalah sesuatu yang paling mencabar dalam kehidupan. Namun, cabaran ini boleh ditangani sekiranya kita memahami tahap perkembangan anak-anak, kerana kematangan mereka sangat bergantung kepada peringkat umur masing-masing. Ringkasan C.O.M.E.L ini dihasilkan oleh penulis bagi memudahkan ibu bapa menyemak tahap perkembangan anak-anak dan memberikan arahan berpandukan kesediaan mereka menerimanya.
Apabila ibu bapa memahami singkatan di atas, maka mereka akan menjadi lebih realistik dalam jangkaan mereka terhadap tahap perkembangan anak masing-masing serta akan bertindak dengan lebih adil.
C ialah singkatan kepada "CERDAS"
O ialah singkatan kepada "OPTIK"
M ialah singkatan kepada "MOTORIK" atau "PERKEMBANGAN FIZIKAL"
E ialah singkatan kepada "EMOSI"
L ialah singkatan kepada "LISAN" atau "PERKEMBANGAN BAHASA"
Huraian terperinci berkenaan setiap elemen C.O.M.E.L diberikan di dalam buku ini. Pemahaman ini juga akan membolehkan ibu bapa mencari kaedah yang paling sesuai bagi memujuk anak makan. Pemakanan yang sempurna di peringkat awal umur kanak-kanak adalah paling kritikal bagi menentukan masa depan mereka.