Jom belajar buat jeruk timun tanpa cuka
- Ex Tax: RM10.00
- Author: Wan Nordini Hasnor Wan Ismail, Suraya Sulaiman
- Availability: In Stock
- e-ISBN: 978-967-26539-1-2
- Book Type: E-book
- Format: Flipbook
RM10.00
Pembuatan jeruk biasanya dikaitkan dengan penggunaan
cuka untuk menghasilkan jeruk yang rangup. Namun, terdapat satu lagi kaedah
yang boleh diaplikasikan untuk menghasilkan jeruk yang rangup dan kaedah ini
tidak melibatkan penggunaan cuka. Kaedah ini adalah kaedah penapaian lakto
dan hanya memerlukan medium air garam
sahaja. Apa yang berlaku adalah mikroorganisma semula jadi yang wujud pada
timun akan bertindak balas dengan unsur-unsur di dalam timun dalam persekitaran
yang sesuai (air garam). Tindak balas yang berlaku akan menghasilkan komponen
asid laktik, yang mana asid ini akan menukarkan timun tadi menjadi jeruk.