ANTOLOGI PELAYARAN PUISI MAHAWANGSA
- Ex Tax: RM8.00
- Author: Marzni Mohamed Mokhtar, Tuan Nor Atirah Tuan Ahmad Rusdi
- Availability: In Stock
- Book Type: E-book
- Format: Flipbook
Antologi Pelayaran Puisi Mahawangsa, sebuah buku dalam talian (e-book). Antologi puisi ini merupakan nukilan dan luahan rasa 42 orang pelajar Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian (BPBMDK) Kohort Mahawangsa dan enam orang tenaga akademik di Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan, Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia.
Antologi puisi ini juga merupakan salah satu sumbangan kecil daripada pihak kami selaras dengan hasrat kepemimpinan negara yang kini amat mengambil cakna akan usaha untuk mendaulatkan martabat Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu. Pastinya dengan adanya usaha yang lestari ini, khazanah ilmu bahasa ini akan terus mekar dan membugar dalam kalangan generasi muda supaya terus mencintai Bahasa Melayu.
Akhir kata, hadami dan hayatilah bait-bait puisi ini yang melewati ranah bahasa, kasih sayang, jati diri dan perpaduan serta ketuhanan yang bertunjangkan Cintailah Bahasa, Selamilah Sastera. Sesungguhnya, bahasa dan sastera itu sentiasa berjalan seiring kerana kedua-dua unsur ini tidak dapat dipisahkan.
Sebarang pandangan ke arah penambahbaikan
Antologi Pelayaran Puisi Mahawangsa ini amatlah dialu-alukan
kepada penyunting kami di Instagram rasmi kami:
upmahawangsa